Latihan
Kursus Penterjemahan Am (Sambilan)
Deskripsi
Kursus ini merupakan kursus penterjemahan intensif/sambilan yang mengkhusus kepada asas terjemahan. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu: bahagian teori dan amali.
Untuk bahagian teori, peserta akan didedahkan kepada teknik, strategi dan prosedur terjemahan, sintaksis, semantik, laras dan peristilahan, serta aspek tatabahasa.
Untuk bahagian amali pula, peserta perlu menterjemah teks pelbagai bidang - umum, komunikasi massa, undang-undang, sains sosial, sastera kreatif serta sains dan teknologi.
Kandungan
1. Asas, Teori, dan Teknik Penterjemahan Sains dan Teknologi, dan Undang-Undang)
2. Sintaksis, Semantik, Laras and Peristilahan.
3. Tatabahasa Melayu dalam Penterjemahan
4. Penterjemahan Teks Pelbagai Bidang (Umum, Komunikasi Massa, Sains Sosial, Sastera Kreatif
Objektif
Untuk membolehkan peserta berupaya menterjemah teks yang berbeza menggunakan prosedur terjemahan yang berlainan dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan dalam penterjemahan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, peserta berupaya:
1. Mengenal pasti dan menggunakan teknik, strategi dan pendekatan terjemahan yang bersesuaian dengan jenis teks
2. Mengenal pasti dan menggunakan tatabahasa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan betul
3. Berupaya untuk menterjemah pelbagai jenis teks.
Mod Pembelajaran
Kuliah, Latihan, Perbincangan
Medium Pengajaran
Bahasa Melayu, English
Sijil
Peserta perlu mengambil peperiksaan bagi membolehkan peserta memperoleh Sijil Pencapaian dan Transkripsi Kursus.